Cat Farish Dedah DJ Kidd Bukan Kekasih Tapi Pembantu Emma Maembong

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai gosip kononnya pelakon Emma Maembong sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang deejay kelab malam.
Turut menjadi perhatian apabila lelaki dikenali sebagai DJ Kidd itu dilihat ada memuat naik video mesra mereka serta menulis kapsyen seolah memberi bayangan mereka adalah suami isteri.
BACA: Shikin Nafi Emma Maembong Dah Kahwin Dengan DJ Kidd
Memetik mStar Online, abang ipar Emma yang juga penyanyi Cat Farish menafikan dakwaan dibuat lelaki berkenaan serta menjelaskan DJ Kidd adalah pembantu peribadi Emma.
“Siapa yang tidak obses dan mahu kahwin dengan Emma? Setahu saya sebagai yang pernah berjumpa dengannya (DJ Kidd), dia hanyalah seorang pembantu peribadi sahaja.
“Hanya tengokkan anak Emma, bawa Emma pergi makan. Tidak pernah terlintas di fikiran saya mereka ada hubungan mesra,” katanya.
Sementara itu, Cat turut beranggapan lelaki tersebut seperti obses terhadap Emma dan tindakannya itu sekaligus menimbulkan salah faham banyak pihak.
“Tidak salah nak ‘crush’ kepada seseorang tetapi janganlah beri kenyataan bertepuk sebelah tangan. Dia (DJ Kid) ini tidak dapat layanan sebagai teman lelaki pun,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source