“Suami Cakap Jangan Keluar Malam, Jangan Keluar, Boleh Jatuh Taklik”

Pelawak Along Cham meluahkan rasa lega permohonan mempercepatkan pengesahan lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Memetik Kosmo, Along berkata dia tidak mahu berlengah lagi dalam prosedur perceraian taklik tersebut serta mendakwa sudah dilanggar beberapa kali oleh Afreena sebelum ini.
BACA: “Masa Daftar Nikah, Pejabat Agama Kata Ini Perkahwinan Ketiga Dia” – Along
“Saya berterima kasih kepada Mahkamah Rendah Syariah Sepang sebab saya minta dipercepatkan kes ini kerana benda saya lafaz biasa itu lain, tapi ini babitkan taklik.
“Saya tak berani nak biar lama-lama sebab benda ini berkait dengan hukum agama dan sudah tanya banyak pendapat ahli agama. Kalau ikutkan, memang sudah dilanggarlah. Jadi, pihak mahkamah syariah pun dah bagi tarikh mungkin cepat sikit (10 Mac),” katanya.
Sementara itu, Along berkata dia tidak melantik peguam syarie untuk mewakilinya kerana perceraian tersebut didakwa sudah berlaku. Tambahnya, isu rumah tangganya terlalu peribadi untuk dikongsikan dan dia mahu selesaikan hal tersebut di mahkamah.
“Macam yang ustaz-ustaz sebelum ini ada beritahu, termasuk Ustaz Azhar Idrus terangkan kalau suami cakap jangan keluar malam itu, jangan keluar dan sudah boleh jatuh (taklik).
“Macam kes saya itu, bukan tentang dia keluar rumah tetapi hal ini terlalu peribadi untuk dikongsi sebab nanti netizen kata saya buka aib. Jadi, biarlah saya selesaikan dalam mahkamah saja,” katanya.
Terdahulu, Along memfailkan permohonan lafaz cerai taklik terhadap Afreena di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 10 Februari lalu.
Along memberitahu dia sepatutnya menfailkan cerai lafaz taklik itu pada 16 Disember tahun lalu, namun ditahan polis atas kesalahan memiliki ganja pada 14 Disember.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source