Wartawan ditahan terkait rasuah bukannya pendedahan berita dibuat – Azam Baki

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan seorang wartawan sebuah portal berita dalam talian malam tadi adalah berkait kes rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan penahanan itu dibuat bukan berdasarkan pendedahan laporan dibuat wartawan itu.
Beliau berkata, wartawan lelaki itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(A) Akta SPRM 2009.
“Wartawan itu ditahan di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 11.30 malam tadi,” katanya.
Katanya, siasatan awal mendapati, wartawan itu dipercayai menerima sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja warga asing berjumlah RM20,000 dan ketika tangkapan wang berkenaan ada bersamanya.
Terdahulu, wartawan itu yang memakai baju lokap dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret, di sini jam 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM.
Majistret Baveniyah R Jothi kemudian membenarkan wartawan itu ditahan reman bermula hari ini sehingga Selasa susulan permohonan dibuat SPRM. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source