“Kami Dah Putus, Tak Jadi Kahwin”

Pelakon Fathia Latiff mendedahkan impiannya untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila hubungannya dengan seorang jejaka sudah pun putus di tengah jalan.
Menerusi temu buat bersama Melodi, Fathia berkata persiapan perkahwinan mereka sudah mencapai 20 peratus namun tiada jodoh antara mereka.
BACA: Fathia Latiff Dedah Bakal Kahwin Tahun Depan
“Persiapan sudah 20 peratus, tapi nampaknya rancangan itu tidak menjadi. Tak mengapalah, semuanya atas ketentuan Allah. Saya teruskan kehidupan, masih single dan belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini,” katanya.
Sementara itu, Fathia berkata doa daripada keluarga dan peminat banyak membantunya dalam menjaga kesihatan mentalm malah aktres itu kini dilihat lebih matang serta positif.
“Saya percaya doa peminat dan keluarga beri kesan besar. Saya kini lebih berhati-hati dalam bertutur, lebih menjaga kesihatan mental, dan lebih berfikir sebelum kongsi sesuatu di media sosial, itu bantu saya kekal positif,” katanya.
Pada September lalu, Fathia mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga awal tahun hadapan dengan jejaka pilihannya dan sudah pun membawa jejaka tersebut berjumpa dengan kedua ibu bapanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source