Shikin Nafi Emma Maembong Dah Kahwin Dengan DJ Kidd

Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong, menafikan adiknya sudah berkahwin dengan lelaki dikenali sebagai DJ Kidd.
Memetik Harian Metro, Shikin berkata berita yang tersebar itu tidak benar dan dia sendiri juga tidak pasti dari sumber mana berita berkenaan.
BACA: “Saya Akan Jadi Suami Terbaik Untuk Awak” – DJ Kidd Peluk Emma Maembong
Menurut Shikin, sudah pasti mereka adik beradik tahu jika Emma ada berkenalan dengan sesiapa kerana mereka sangat rapat serta akan sampaikan kepada keluarga.
“Benda itu memang tak benar langsung sebab kita adik-beradik kalau apapun, kalau dia berkenalan dengan orang yang baru sekalipun, benda pertama dia akan kongsi dengan kami sebab kita memang sangat rapat antara satu sama lain.
“Kalau ada masalah dia akan kongsi terutamanya mengenai hari yang bahagia. Kalau hari bahagia mestilah dia akan sampaikan dekat keluarga dulu minta pendapat,” katanya.
Sementara itu, Shikin berkata Emma pasti akan meminta restu ibu bapa dan sudah pasti akan terlebih dahulu memaklumkan kepada abang mereka, Bakri.
Apabila ditanya mengenai ayat DJ Kidd yang yang menyebut Emma sebagai isterinya, Shikin berkata dia sudah bertanyakan kepada Emma berkenaan perkara itu dan adiknya mengatakan ianya hanya gosip sahaja.
“Biasalah, orang kadang-kadang kawan pun, semua boleh cakap begitu tapi buktinya di mana? Kadang-kadang orang berkawan. Tak tahulah dia jangka macamana tapi macam manapun rasanya untuk kata bukti, tak ada. Semestinya saya akan tanya dia apabila ada perkara begini.
“Dia kata memang tak betul, memang tak ada, hanya gosip sahaja. Pada awalnya berita yang macam sebelum ini, memang kita tahu dia berkawan,” katanya.
Dalam pada itu, Shikin berkata dia tidak mendengar berita Emma berkawan atau menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki buat masa ini.
“Jadi persiapan (kahwin) atau apa memang tak ada. Bila dah ada dan dia bawa jumpa keluarga barulah saya boleh sahkan. Semestinya saya tengok gambar dan video yang tersebar.
“Buka sahaja Instagram akan keluar. Tapi apa yang saya boleh cakap sekarang, agak terkejut juga. Mungkin itu video-video lama masa mereka berkawan. Tapi sekarang ini tak ada dengar pula dia berkawan atau tidak.
“Memang terkejut. Tapi tak tahulah pihak sana apa tujuannya, tapi sebenarnya sekarang nampak Emma sibuk dengan shooting. Tak ada pula dating dan sebagainya. Tak ada pun,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source