“Untungnya Yassin Dapat Berpuasa ‘Di Sana’, Itu Satu Rahmat”

Pelawak Azlee Jaafar berkata anggota Senario Yassin Yahya akan bersama mereka tidak lama lagi selepas ‘hilang’ daripada dunia hiburan sejak beberapa bulan lalu.
Memetik HibGlam, Azlee menerima perkhabaran bahawa Yassin berada dalam keadaan baik dan akan dapat berita gembira dalam beberapa minggu lagi.
BACA: “Yassin Sumber Rezeki Saya, Kalau Dia Ada Mesti Rezeki Banyak” – Wahid
“Kita akan dapat berita gembira dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi dan kita akan dapat bersama dengannya. Netizen dan pihak media memang ramai bertanya selama ini, tetapi kalau boleh kami mahu menjaga aib kawan.
“Saya rasa semua sudah tahu dia ada di mana. Di mana pun dia berada, kita doakan yang baik-baik untuk dia,” katanya.
Masih mengunci mulut mengenai keberadaan Yassin ketika ini, Azlee menganggap apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah. Malah, Azlee meluahkan rasa cemburu kerana sahabatnya itu berpeluang menjalani ibadah puasa di tempat yang baik.
“Sebenarnya saya pun sedih sebab kita puasa di sini tetapi dia dapat buka puasa ‘di sana’, betapa untungnya. Itu adalah satu rahmat Allah untuknya. Kita puasa di sini,
“Yassin sebenarnya mahu menambah ilmu. Disana dia menambah ilmu, mungkin selepas ini dia pula yang akan mengajar kita,” katanya.
Dalam pada itu, Azlee berkata Senario bakal mengadakan konsert di Stadium Merdeka yang dijadual berlangsung pada Oktober tahun ini serta memberi gambaran semua anggota Senario bakal bersatu.
“Kita bakal mengadakan konsert besar Senario pada bulan Oktober ini di Stadium Merdeka dengan sasaran 40,000 penonton. Kami memang mengharapkan semua anggota akan ada pada konsert itu nanti termasuk Yassin,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source