TikTok 1.4 juta kena ‘benam’ Mek Yun menangis bengkak mata

PETALING JAYA – Pelakon juga pempengaruh media sosial, Mek Yun tidak dapat menahan rasa kecewa dan menangis sehingga bengkak mata akibat apabila akaun TikToknya yang diikuti 1.4 juta pengikut lenyap begitu selepas digam pengelola aplikasi berkenaan.
Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yu Nee, 28, berkata paling menyedihkan kerana pelbagai kenangan manis dikongsikan dengan pengikutnya dalam platform berkenaan.
“Saya dan Abe Wee (abangnya) rasa ‘down’ sangat. Satu malam saya menangis. Bukan TikTok Abe Wee saja kena ‘banned’, TikTok saya pun kena ‘banned’.
“Bayangkan, bertahun-tahun saya bina platform itu sampai naik 1.4 juta pengikut, setiap video dan setiap memori yang kami kongsikan dengan kalian hilang dalam sekelip mata.
“Saya tak faham, apa salah saya. Konten saya hanya untuk sebarkan nilai positif, kebahagiaan dan kongsikan hidup saya dengan kalian. Tapi, semua itu hilang begitu saja tanpa amaran,” katanya dalam hantaran video di Threads.
Menurut wanita Tionghua asal Kelantan itu, platform berkenaan juga merupakan merupakan periuk nasik buatnya mencari rezeki sebagai pempengaruh dan pencipta kandungan.
Biarpun masih sukar menerima kenyataan, Mek Yun tetap positif apabila membuka akan TikTok baharu yang diikuti lebih 248,000 pengikut dalam tempoh sehari.
“Lebih sakit, ini adalah karier saya sebagai seorang pencipta kandungan (content creator).
“Sementara itu, saya buka akaun baharu ini sebab saya takkan putus asa buat kandungan untuk kalian semua. Sedih,” ujarnya.
Selain pelakon drama Perang Nasi Dagang itu, akaun TikTok abangnya yang juga pempengaruh popular, Abe Wee turut lenyap pada waktu sama.
Mek Yun bersama keluarganya dikenali netizen menerusi video yang menonjolkan kefasihan mereka bertutur dalam loghat Kelantan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source