“Rezeki Mak Saya Kahwin Baru”

Anak kepada usahawan Rozita Ibrahim iaitu Nur Ain Sufiah akhirnya mengesahkan desas desus bahawa ibunya sudah pun berkahwin baru.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ain berkata pernikahan ibunya berlangsung mengikut hukum syarak serta meminta netizen supaya tidak mengecam secara berlebihan.
BACA: “10 Malam Terakhir Lailatul Qadar Kamu Lancar Video Lagu Tak Berakhlak” – Bonda Rozita
Menurutnya lagi, mereka sekeluarga menerima baik perkahwinan ibunya itu serta meminta orang luar tidak perlu bimbang.
@ibondarozitaibrahim Setiap kata2 tak baik mencerminkan agama sesaorang , ia menentukan adab dan akhlak ..( pesan sy pd Ain jika ingin menjadi waris mummy berpegang pd agama wahai anak ku) . Sy menghormati dan amat menjaga mental health anak2 puteri2 sy ..Dia kesayangan kami ber2 mummy dan daddy.. . Kalam bonda : . Imam Syafi’i rahimahullah berkata “Aku mampu berhujah dgn 10 orang yg berilmu , tp aku pasti kalah dgn seorang jahil, kerana orang jahil tak pernah faham landasan ilmu”. “Orang jahil mencercaku dgn kata buruk . Maka aku tak ingin utk menjawabnya. Mereka akn bertambah bodoh & aku bertambah lembut, seperti kayu wangi yg dibakar malah menambah wangi”. Imam Syafi’i juga berkata : “Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku kepada orang hina adalah suatu jawaban.. Bukanlah ertinya aku x mempunyai jawaban, tetapi x perlu bagi singa melawan anjing”. Bonda melihat Imam Syafi’i dikenal sebagai ahli debat, tp Imam Syafi’i xmau berdebat dgn orang-orang bodoh. Imam Syafi’i berkata : Apabila orang bodoh mengajak berdebat denganmu, maka sikap yg terbaik adalah diam, Apabila kamu melayani, maka kamu akn susah . #jrmproductbonda #ibondarozitaibrahim #rumahhutanbondarozita
“Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Mereka sudah bernikah secara halal dan perkara itu perlu diraikan. Mohon netizen jangan kecam berlebihan. Rezeki mak saya kahwin baru.
“Kami anak-beranak semua dalam keadaan baik, mommy dan daddy juga okay. Kalian tak perlu risau. Kami sekeluarga okay dengan situasi kami sekarang,” katanya.
Sementara itu, Ain menjelaskan mengapa ibunya memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberi sebarang penjelasan berkenaan perkara itu,
“Ada segelintir yang tanya mengenap bonda tak mahu beri penjelasan, sebab kalau beri akan dikecam, kalau tak beri penjelasan pun kena kecam. Namun, saya buat penjelasan kerana tidak mahu ada fitnah yang berlaku di luar sana,” katanya.
Dalam pada itu, Ain turut meminta orang ramai tidak bertanya mengenai punca perceraian ibunya dengan bekas suami serta menghormati privasi keluarga mereka.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai dakwaan Bonda Rozita bertemu cinta baru apabila kelihatan seorang lelaki di belakangnya ketika sesi live
Turut menjadi bualan, apabila pelakon Rebecca Nur Al Islam menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ pada sesi siaran langsung berkenaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source