“Itu Tarian Masuk Miki Ghazali”

Seorang peguam dikenalai sebagai Mahmud Jumaat menjelaskan tarian yang dibuat oleh Azad Jasmin bukan tarian kavadi tetapi ‘entrance’ Muay Thai yang dibuat oleh Miki Ghazali.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, peguam itu berkata demikian selepas mengkaji secara mendalam tuduhan berkenaan serta menjelaskan ianya satu salah faham.
BACA: “Buat Sahabatku Bertiga, Berhenti Minta Maaf” – Sharnaaz Ahmad
“Dari gelek punggung hinggalah geleng kepala, itu ‘sebiji’ macam tarian entrace Miki Ghazali. Background lagu (lagu latar) juga adalah lagu entrance Miki Ghazali.
“Azad sendiri telah tag nama Miki Ghazali di @mikipapa dan kata “kalau nak back up dancer boleh roger tau”. Tunjukkan kepada saya dalam tarian Kavadi ada tak ciri-ciri seperti di atas?,” katanya.
Menurutnya lagi, mereka tidak ketawa kerana perkataan ‘Vel Vel’, sebaliknya mereka gelak dari awal kerana terhibur dengan tarian Azad yang cuba meniru gaya Miki Ghazali.
“Siapa sangka Nabil ingin sebut ‘vel vel’ masa hujung tarian tersebut. Namun, saya tidak rasa mereka semua ada niat untuk mempersendakan seruan ‘vel vel’ kerana mereka telah lama terhibur dengan tarian Miki Ghazali yang ditiru oleh Azad,” katanya.
Tambahnya Mahmud lagi, dia berpendapat permohonan maaf dibuat oleh tiga penyampai itu secara terburu-buru, sebaliknya perlu menjelaskan keadaan sebenar terlebih dahulu.
“Sebab itulah dalam mahkamah, kita kebiasaanya nasihatkan anak guam untuk tidak terus memohon maaf dan memberi peluang untuk jelaskan apa yang berlaku. Buat Pak Azad, Radin dan Nabil, cukup memohon maaf. Kalian sudah buat yang terbaik,” katanya.
SUMBER: Facebook Mahmud Jumaat
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source