Wan Maimunah Jual ‘Ayam Golek Ferris Wheel’ Di Terengganu

Pelakon veteran Wan Maimunah menjadi perhatian ramai apabila menjual juadah berbuka puasa di gerak ‘Ayam Golek Ferris Wheel’ milik anaknya di Kampung Wakaf Beruas di Kuala Terengganu.
Memetik Sinar Harian, pelakon berusia 68 tahun itu berkata ini pertama kali dia terlibat secara langsung dalam perniagaan tersebut bagi memberi sokongan kepada anaknya, Muhammad Shah Muhammad.
BACA: Wan Maimunah Menitis Air Mata Selamat Tiba Di Malaysia Selepas Tunai Haji
Menurut pelakon yang terkenal dengan watak air mata itu lagi dia turut mengambil peluang bertemu peminat di sekitar Terengganu, malah ada yang beritahu mahu datang dari Dungun, Kemaman.
“Saya bersyukur kerana sambutan diterima amat menggalakkan. Ramai datang bukan sahaja untuk membeli ayam golek dan nasi beriani, tetapi juga untuk beramah mesra. Saya seronok dapat berjumpa dengan orang ramai terutama peminat dari Terengganu,” katanya.
Sementara itu, Wan Maimunah berkata gerai itu beroperasi sejak awal Ramadan lalu dan dibuka setiap hari bermula jam 3 hingga 6.30 petang.
“Setiap hari kami menyediakan kira-kira 70 ekor ayam golek dijual pada harga RM25 seekor, selain nasi beriani pada harga RM5 sebungkus. Set lengkap ayam golek bersama nasi beriani pula dijual pada harga RM28 dan setengah set pada RM16,” katanya.
Wan Maimunah berkata dia turut meluangkan masa membantu menyediakan nasi beriani yang dimasak mengikut olahan resipi sendiri.
“Saya datang lebih awal hari ini, lepas solat Asar terus ke gerai untuk membantu. Buat masa ini saya kebetulan tiada jadual untuk penggambaran sebarang drama, jadi saya ambil kesempatan ini untuk bersama-sama anak dan cucu,” katanya.
SUMBER: Sinar Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source