Impian buruh ladang miliki rumah sendiri menjelang Aidilfitri jadi kenyataan

ALOR GAJAH – Ramadan kali ini menjadi detik paling bermakna buat Noraiman Norizan, 29, apabila impian memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai selepas lebih empat tahun menunggu.
Lebih istimewa, kunci rumah bernilai RM78,000 itu diserahkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Rantau Panjang, di sini, malam tadi.
Paling menggembirakan, rumah yang terletak di Kampung Ayer Limau, Jalan Tanah Wakaf itu siap dibina dalam tempoh hanya tiga bulan, membolehkan mereka menyambut Aidilfitri di kediaman baharu bersama anak sulung berusia tiga tahun serta bayi kedua yang bakal lahir November nanti.
“Empat tahun kami menanti, akhirnya impian jadi kenyataan. Lebih bermakna, Ramadan kali ini kami sudah ada rumah sendiri selepas sekian lama menyewa di Kampung Pinang dengan kadar RM400 sebulan.
“Saya bersyukur kerana selepas ini tidak perlu lagi fikir tentang bayaran sewa rumah. Dengan gaji sebagai pekerja ladang sawit yang tidak menentu, perbelanjaan sekeluarga lebih terkawal,” katanya.
Tambahnya, rumah tiga bilik itu dibina di atas tanah pusaka miliknya, hasil bahagian daripada keluarga di Kampung Ayer Limau, Jalan Tanah Wakaf.
“Saya bekerja sebagai buruh ladang sawit, manakala isteri saya, Siti Umairah Ajis, 26, merupakan suri rumah sepenuh masa. Sudah lama kami memasang impian untuk memiliki rumah sendiri, tetapi keadaan kewangan yang terbatas menghalang kami merealisasikannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source