Peguam Dedah Tiga Penyampai Radio Telah Difitnah & Dikhianati

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu membabitkan tiga penyampai radio yang didakwa telah mempersenda agama di media sosial.
Bagaimanapun, pendedahan seorang peguam dikenali sebagai Mahmud Jumaat mengejutkan ramai apabila mendakwa video yang tersebar sebenarnya telah disunting serta mempersoalkan siapa yang menyuntin video berkenaan.
BACA: “Buat Sahabatku Bertiga, Berhenti Minta Maaf” – Sharnaaz Ahmad
Menurut peguam itu lagi, dia telah berjumpa dengan Azad Jasmin yang telah memberikan penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di konti radio ketika itu.
Katanya lagi, apabila diteliti video tersebut telah disunting menjadi hanya 5 saat ketika disebut ‘wei-wei’ sahaja serta mendakwa ada pihak yang menjadi batu api dengan sengaja menyunting bahagian tersebut sahaja.
Peguam itu turut mendakwa ada pihak cuba menjadi batu api dengan menyebarkan versi video yang telah disunting untuk menimbulkan kemarahan kaum India tsehingga timbul salah faham terhadap tiga penyampai radio tersebut.
Dalam hantaran panjang yang dikongsikan di Facebook itu, ada lima perkara yang dibangkitkan mengenai isu berkenaan.
Peguam itu juga turut menjelaskan tarian Azad menyerupai tarian masuk Miki Ghazali yang sering dikaitkan dengan lagu Paqueta dari pemain bola West Ham United dimana ada bunyi sebutan ‘wei wei’.
Jelasnya lagi, jika video tersebut diambil secara penuh video tarian dibuat Azad adalah meniru tarian Miki dan mereka ketawa bukan kerana menyebut wei-wei sebaliknya terhibur dengan gaya tarian Azad yang lucu meniru Miki.
Dlaam pada itu, peguam itu turut meminta pihak berkuasa untuk menyiasat siapa dalang yang menyunting video berkenaan dan menghasut orang ramai sehingga wujudnya salah faham.
SUMBER: Facebook Mahmu Jumaat
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source