“Saya Beri Sendiri Kepada Polis”

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzokumura menafikan pihak polis merampas enam ubat di kediamannya bagi membantu siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.
Menerusi satu perkongsian video, Ridzuan berkata dia sendiri menyerahkan ubat-ubatan berjenama Jepun itu kepada pihak polis.
BACA: “Akiko Mungkin Tergelincir Masa Kemas Rumah” – Ridzokumura Dedah Kejadian Isteri Jatuh Kondo
Menurutnya lgi, kenyataan ubat berkenan dirampas sangat mengguris hatinya kerana ia boleh mendatangkan tanggapan negatif netizen.
“Abang berikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak polis, abang tanyakan sekiranya mereka ingin mengetahui ubat-ubatan Jepun yang diambil oleh Akiko.
“Memang dia (Akiko) ada ambil ubat Jepun, biasalah dia sudah tentu percaya dengan ubatan dari negara dia. Tapi, bila abang terbaca berita yang memaklumkan polis rampas ubat itu, ia sangat menghiris hati sebab ubat itu bukan dirampas, tapi saya berikan sendiri pada polis,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata, pihaknya merampas enam jenis ubat-ubatan dari rumah usahawan itu.
Jumaat lalu, Akiko warga Jepun berusia 50-an dilapor maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui setakat ini, namun polis akan membuat siasatan secara keseluruhan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source