Sultan Nazrin, Tuanku Zara kunjungi bazar Ramadan

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar di sini, untuk bersama-sama rakyat membeli juadah berbuka puasa.
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berangkat sama ke bazar tersebut yang dikunjungi kira-kira lebih 1,000 orang.
Baginda dan Tuanku Zara tiba di bazar pada pukul 5 petang dan disambut oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Muhammad Nazri Abdullah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Dr. Sakduddin Zamli serta orang ramai yang berada di situ.
Para pengunjung bazar tidak melepaskan peluang untuk melihat secara dekat Sultan Nazrin dan Tuanku Zara.
Sultan Nazrin sempat bertanyakan khabar kepada para pengunjung dan peniaga, selain turut menasihati mereka supaya mengawal pengambilan gula dalam makanan.
“Kurangkan gula,” kata Sultan Nazrin kepada mereka ketika berjalan meninjau serta membeli makanan di bazar tersebut yang mengandungi 242 peniaga.
Pelbagai juadah berbuka puasa dijual di Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar yang popular dengan beberapa jenis makanan seperti murtabak, Putu Perak, Laksa Kuala serta beberapa lagi kuih-muih popular tempatan.
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara tidak ketinggalan membeli aneka makanan seperti murtabak dan pulut udang semasa berada di sana kira-kira 30 minit. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source