Tahanan reman Pusat Koreksional Perlis meninggal dunia, kecederaan organ dalaman

ARAU: Seorang tahanan di Pusat Koreksional Perlis yang mengalami kecederaan pada organ dalaman hati dan usus meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, semalam.
Dia disahkan meninggal dunia pukul 10.20 pagi.
Lelaki berusia 23 itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dalam keadaan separa sedar kira-kira pukul 5.45 petang pada 6 Mac lalu selepas dipercayai terjatuh di bilik air di pusat koreksional berkenaan.
Lelaki itu ditahan reman di penjara tersebut selepas gagal membayar wang jaminan sejak 17 Disember lalu bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki tersebut mengalami kecederaan pada hati dan sebahagian usus.
Katanya, pemeriksaan luaran pula tidak menemui sebarang kesan lebam atau kecederaan dikaitkan dengan unsur jenayah.
Ujarnya, hasil pemeriksaan juga mengesahkan tiada tanda si mati diliwat atau dianiaya.
“Lelaki tersebut ditahan reman di Pusat Koreksional Perlis sementara menunggu untuk dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Langkawi, Kedah.
“Pemeriksaan luaran tidak menemui sebarang kesan lebam atau kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah cuma terdapat kesan luka sepanjang tiga sentimeter di bahagian atas dahi kiri mangsa yang dipercayai akibat terjatuh,” katanya di sini hari ini.
Katanya, mayat lelaki tersebut akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah bagi menjalani proses bedah siasat.
“Bedah siasat akan dilakukan pada pukul 8.30 pagi hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian serta tahap kecederaan organ dalaman tersebut,” katanya.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut akan dijalankan jika diperlukan,” katanya.-UTUSAN.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source