Bayern tewas mengejut, Leverkusen gagal ambil peluang

MUNICH: Bayern Munich mengalami kekalahan mengejut 3-2 di tangan Bochum, namun tetap bernasib baik selepas pesaing terdekat, Bayer Leverkusen turut tewas 2-0 kepada Werder Bremen dalam saingan Bundesliga, sebentar tadi.
Walaupun kalah, Bayern masih kekal di puncak Bundesliga dengan kelebihan lapan mata berbaki sembilan perlawanan musim ini.
Jurulatih Bayern, Vincent Kompany membuat perubahan besar dalam kesebelasan utama, termasuk merehatkan penyerang utama, Harry Kane, menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Leverkusen pada Selasa.
Raphael Guerreiro meletakkan Bayern di depan seawal minit ke-14 selepas menyambar bola muntah, namun Serge Gnabry gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
Guerreiro sekali lagi mencetak nama selaku penjaring menerusi tandukan pada minit ke-28, sebelum Jakov Medic merapatkan kedudukan buat Bochum tiga minit kemudian.
Situasi menjadi lebih sukar buat Bayern apabila Joao Palhinha dibuang padang selepas mengasari Giorgos Masouras sebelum rehat.
Bochum memanfaatkan kelebihan pemain dengan menyamakan kedudukan menerusi tandukan Ibrahima Sissoko pada minit ke-51, sebelum Matus Bero menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71.
Kemenangan itu adalah yang pertama buat Bochum di Munich sejak 1991 dan mengangkat mereka tiga mata daripada zon penyingkiran automatik.
Dalam pada itu, Leverkusen menerima tamparan hebat apabila bintang tengah mereka, Florian Wirtz mengalami kecederaan teruk selepas hanya 14 minit beraksi di separuh masa kedua.
Leverkusen ketinggalan seawal minit ketujuh selepas Romano Schmid menyempurnakan hantaran dalam kotak penalti.
Pengendalinya, Xabi Alonso memasukkan Wirtz pada separuh masa kedua, namun pemain kebangsaan Jerman itu terpaksa dikeluarkan lapan minit kemudian akibat terjahan keras.
Dalam perlawanan lain, Borussia Dortmund terus bergelut selepas tewas 1-0 kepada Augsburg, dengan Jeffrey Gouweleeuw menjaringkan gol tunggal perlawanan.
Dortmund kini berada di tangga ke-10 liga, tujuh mata dari kelompok empat teratas.
St. Pauli pula mengakhiri kemarau gol dalam lima perlawanan selepas seri 1-1 dengan Wolfsburg, sementara Holstein Kiel berkongsi mata dengan Stuttgart selepas keputusan 2-2. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source