“Dulu Kalau Cuti Saya Akan Ke Laut, Sekarang Pilih Tanah Suci”

Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut puasa pertama di Tanah Suci berikutan komitmen kerja yang padat sehingga Aidilfitri.
Memetik HibGlam, Zul berkata dia turut meliht jika ada peluang untuk ke Tanah Suci pada musim haji tahun ini sekiranya menerima jemputan.
BACA: Zul Ariffin ‘Tersasul’ Doa Nak Empat Isteri Di Jabal Rahmah
“Pada asalnya nak sambut puasa pertama di sana tapi saya ada set penggambaran pula. Kemudian ada juga perancangan nak meraikan Hari Raya Aidilfitri di Tanah Suci tetapi kalau saya pergi, agak kelam-kabut juga sebab perlu masuk beberapa kelas latihan melibatkan projek filem.
“Saya juga ada tengok-tengok untuk musim haji tahun ini sebab adalah juga angan-angan itu. Manalah tahu terima jemputan, itu pun kalau ada,” katanya.
Menurut Zul lagi, sebelum ini dia memilih untuk bercuti dilaut, namun kini Tanah Suci sentiasa menjadi yang akan dituju jika mempunyai cuti yang panjang.
“Dulu laut tetapi sekarang memang kalau cuti saya akan sasar ke Tanah Suci sahaja, mungkin sebab usia pun sudah bertambah. Bila ada masa memang akan ke sana dan selalunya saya pergi seorang diri sahaja.
“Adakalanya hanya pergi sekejap untuk tunai umrah dalam tempoh lima hari pun okey sahaja. Siapa yang tak mahu pergi, tapi terikat dengan komitmen kerja. Tempat lain kalau orang ajak saya mungkin tolak tetapi Tanah Suci, tak akan kata tidak,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source