Mengaku Salah Khalwat, Sarah Yasmine Tuntut Ganti Rugi RM800k Daripada Aliff Aziz

Wanita yang pernah mengaku sebagai kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menuntut pampasan sebanyak RM875,000 (S$250,000) daripada aktor tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sarah berkata tuntutan itu adalah sebagai pampasan kerana secara salah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) terhadapnya tahun lalu.
BACA: Kes Aliff Aziz & Ruhainies Selesai, Bella Astillah Cuma Mampu Ucap Syukur
Kata wanita berasal dari Singapura itu, tindakan tersebut tidak berasas memandangkan pelakon itu sendiri mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan pelakon Ruhainies pada 21 Februari lalu.
“Pengakuan itu mengesahkan semua kenyataan saya sebelum ini mengenai hubungan anda dengan pelakon tersebut adalah benar dan bukan fitnah.
“Walaupun begitu, anda tetap memfailkan tuntutan terhadap saya hingga membawa kepada Perintah Perlindungan Segera (EPO) pada 29 April 2024. Tindakan undang-undang ini tidak berasas dan bertujuan untuk menutup kebenaran,” katanya.
Dalam hantaran tersebut, Sarah turut berkongsikan notis tuntutan yang turut dimuat naik di Instagram miliknya serta memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan bayaran atau berdepan tindakan lanjut.
“Ini hanyalah permulaan. Sesiapa yang telah menganiaya saya, terutama mereka yang mencipta fitnah, bersiap sedia. Anda tahu siapa anda. Kebenaran pasti akan menang,” katanya.
Tahun lalu, Sarah menerima notis mahkamah di Singapura yang menghalangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Aliff.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source