“Dah Berdamai Dengan Takdir, Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Mereka”

Pelakon Muaz Zabir berkata dia telah berdamai dengan takdir berkenaan hubungannya dengan penyanyi Bella Astillah yang pernah rapat sebelum ini.
Memetik Kosmo, Muaz berkata dia hanya mendoakan yang terbaik buat hubungan Bella dengan ahli politik, Syed Saddiq yang mendapat ‘restu’ dari netizen.
BACA: “Ada Yang Samakan Wajah Saya Seperti Nelayan, Muka Jual Burger” – Muaz Zabir
“Saya dan Bella pernah rapat dan kami sudah berdamai dengan takdir yang tak boleh diubah. Jadi, kami teruskan kehidupan dengan versi lebih baik.
“Masing-masing sibuk dengan kerja dan tak tahu sampai mereka jadi fenomena. Sedikit sebanyak boleh bantu produk.
“Nak cakap lebih- lebih tak boleh, saya doakan yang terbaik buat mereka. Seandainya boleh buat masing-masing gembira,” katanya.
Sementara itu, Muaz tidak menafikan dia dan Bella mempunyai hubungan istimewa sejak awal kontroversi mereka hangat diperkatakan.
“Tak pernah nafi kami pernah rapat dari awal kontroversi kami keluar.
“Kenyataan pertama saya kepada seluruh netizen dan rakyat memang saya tak nafi cuma perkara tersebut sudah berlalu.
“Kami mampu merancang Tuhan yang menentukan, itu sebaik ketentuan,” katanya.
Dalam pada itu, Muaz berkata hubungannya dengan Bella baik-baik sahaja dan ada berjumpa ketika kerjasama dengan satu jenama meskipun pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta.
“Saya dengan Bella tiada isu sama ada tidak bertegur atau bergaduh.
“Kami ada juga jumpa untuk mesyuarat bersama duta-duta lain. Jadi, kami memang dalam keadaan baik,” katanya.
Terdahulu, Muaz tidak menolak jika bertemu jodoh Bella Astillah.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source