“Saya Akan Bawa Mama Ke Mana Saja, Ini ‘Syurga’ Saya”

Pelawak Along Cham berkata dia sentiasa membawa ibunya ke mana sahaja dan ibunya itu adalah ‘syurganya’ yang sentiasa menitipkan doa buatnya.
Memetik Kosmo, Along berkata kehadiran ibunya di sisi sangat penting termasuk ketika dia berdepan perbicaraan di mahkamah.
BACA: “Masa Daftar Nikah, Pejabat Agama Kata Ini Perkahwinan Ketiga Dia” – Along
“Saya akan bawa mama ke mana saja termasuk ketika berhadapan urusan perbicaraan di mahkamah. Ini ‘syurga’ saya dan mestilah kena sentiasa dibawa.
“Bukan saja mama yang ada (beri semangat), tetapi keluarga saya sebenarnya sentiasa ada di belakang serta sahabat-sahabat rapat,” katanya.
Sementara itu, ibu kepada pelawak itu iaitu Siti Habsah Kadir berkata dia akan sentiasa menemani serta berada disisi anaknya sepanjang melalui perbicaraan kes.
Tambah Siti Habsah yang tinggal bersama Along berkata dia mahu berada di sisi anaknya itu untuk memberi semangat serta bangkit membina kehidupan baharu.
“Sebelum ini, saya pernah setahun tidak berjumpa Along hingga bermacam perkara terjadi dan menimpa dirinya. Jadi, sekarang biarlah saya selalu ada bersama Along untuk memberi semangat kepadanya.
“Saya memang tinggal dengannya (Along) dan anak-anak yang lain juga bersetuju. Harapan saya agar Along terus bersemangat, sabar dan menerima ujian hidup ini dengan tabah,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source