Takut Beraya Atas ‘Highway’, Ini Antara Perkara Wajib Periksa Sebelum Berjalan Jauh

Tahu kita baru saja masuk ke dalam bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan. Namun, mesti anda semua dah mula rasa tak sabar untuk pulang ke kampung halaman sebab cuti dah approve betul tak?
Haa, walaupun cuti dah approve, ada kemungkinan anda akan beraya di atas highway kalau anda tak periksa kenderaan sebelum gerak pulang nanti tau!
Chop, chop, chop! Anda tak perlu risau, meh sini kami kongsi kepada anda checklist yang anda perlu buat sebelum gerak pulang ke kampung halaman.
1. Periksa Kondisi Kereta
Sebelum kita mulakan perjalanan, seeloknya sehari atau dua hari sebelum tu, kita periksa terlebih dahulu kondisi kereta kita supaya tidak ada masalah di atas jalan raya nanti.
Antara perkara yang anda perlu periksa adalah:
Minyak hitam
Tak perlu tunggu sehingga tarikh seterusnya, tukar saja minyak hitam kalau anda mempunyai perjalanan yang jauh sebab kalau anda tambah minyak hitam yang baru, ia tidak sama seperti menggantikan minyak hitam seterusnya tau.
Minyak brek
Selain minyak hitam, minyak brek pun penting tau, maklumlah, bila balik raya nanti, mestilah jam dan penggunaan brek mesti lebih banyak daripada biasa.
Jadi, pastikan anda tambah minyak brek supaya brek kereta anda boleh beroperasi dengan selamat.
Minyak power steering
Sama seperti minyak brek, minyak power steering juga perlu ditukar supaya anda boleh kendalikan stereng dengan lebih baik.
Air radiator
Kalau anda tak nak ada masalah asyik berhenti tepi jalan untuk sejukkan enjin, lebih baik anda pastikan air radiator mencukupi sebab ia berfungsi untuk menyejukkan enjin kereta lagi-lagi kalau anda berjalan untuk jarak jauh tau.
2. Peralatan Dalam Kereta Mencukupi
Selain periksa kondisi kereta, anda juga kena pastikan peralatan dalam kereta anda serba lengkap ya. Bukan apa, kita pun tak tahu apa akan terjadi di atas jalan raya nanti.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jadi, ini antara peralatan yang wajib ada di dalam kereta sebelum anda mulakan perjalanan anda:
1. Kit kecemasan
Bila kita berjalan jauh ni, kita tak dapat nak jangka apa yang akan terjadi pada kita dan yang tersayang di atas jalan raya nanti. Jadi, pastikan anda sediakan kit kecemasan di dalam kereta okay?
Tak tahu apa yang perlu ada di dalam kit kecemasan? Jangan risau, we’ve got your back!
– Plaster
– Gauze atau kapas
– Iodine
– Gunting
– Ubat-ubatan
2. Tayar lebihan & pam tayar
Kalau berjalan jauh ni, kita tak akan dapat nak jangka jalan raya apa yang kita lalui dan bagaimana kondisi permukaan jalan terus.
Kot lah jalan tu berlubang banyak sampai mengakibatkan tayar kereta pecah atau pancit, dah satu hal nak cari kedai tayar.
Jadi, jangan lupa sediakan tayar lebihan dan pastikan tayar tersebut diisi penuh dengan angin tau. Psst, bawa juga pam tayar sekali, mana lah tahu tayar anda flat atas jalan raya nanti.
3. Segi tiga kecemasan
Akhir sekali, kereta anda wajib ada tanda segi tiga kecemasan supaya kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku, pemandu lain di jalan raya akan sedar dan berwaspada ketika memandu.
Tak kira kereta lama atau baru, make sure anda periksa kereta terlebih dahulu sebelum mulakan perjalanan tau!
Upgrade Kereta Baru Sempena Raya, 5 Tahun Waranti Percuma Tau!
Alang-alang tengah cakap tentang kereta ni kan, tak akan lah setiap tahun balik kampung halaman, anda nak bawa pulang kereta yang sama betul tak? Tak fun lah nanti!
Jadi, untuk lebaran tahun ni, apa kata anda kejutkan ahli keluarga dan sanak saudara dengan upgrade kepada kereta baru, paling penting 5 tahun waranti percuma tau!
Hanya dekat CARSOME saja, anda berpeluang untuk nikmati tawaran Raya iaitu percuma sehingga 5 tahun waranti tau!
Dekat CARSOME, ada macam-macam jenis kereta yang anda boleh dapatkan, paling penting pada harga yang mampu milik!
Psst, kualiti kereta daripada CARSOME ni pun semuanya masih dalam keadaan baik lagi tau. Tak percaya? Pergi saja ke cawangan CARSOME berdekatan sekarang!
Nak tahu lebih lanjut tentang tawaran ini? Ikuti saja laman web rasmi Carsome, atau media sosial di Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source