Doktor wanita dominasi hospital UK selepas 165 tahun

LONDON: Buat kali pertama kali dalam tempoh lebih 165 tahun, bilangan doktor wanita di United Kingdom (UK) mengatasi jumlah doktor lelaki, menurut data terbaharu daripada badan pengawal selia perubatan negara itu.
Walaupun jumlahnya berbeza di setiap negara di dalam UK, Majlis Perubatan Am (GMC) mengesahkan terdapat 164,440 doktor wanita yang berdaftar, berbanding 164,195 doktor lelaki.
Angka itu menunjukkan golongan wanita kini membentuk 50.04 peratus daripada keseluruhan pegawai perubatan berdaftar di negara itu.
Ketika badan pendaftaran perubatan pertama kali diperkenalkan pada tahun 1859, hampir tiada doktor wanita dan keadaan ini berterusan sehingga awal abad ke-20 apabila jumlah mereka mula meningkat secara perlahan.
Menurut GMC, sejak tahun 1970-an, badan itu menyaksikan pertumbuhan pesat jumlah doktor wanita berikutan peningkatan bilangan golongan tersebut yang menyertai sekolah perubatan.
Dalam tujuh tahun akademik terakhir, bilangan pelajar wanita di sekolah perubatan UK turut mengatasi jumlah pelajar lelaki.
Bilangan doktor wanita juga lebih tinggi di Scotland dan Ireland Utara berbanding lelaki, sementara di England dan Wales, doktor lelaki masih mendominasi namun dalam peratusan yang kecil.
Kepakaran perubatan yang mempunyai bilangan doktor wanita tertinggi adalah obstetrik dan ginekologi serta pediatrik, manakala bidang dengan jumlah doktor wanita paling rendah adalah pembedahan, oftalmologi dan perubatan kecemasan.
Menurut GMC, perubahan nisbah jantina itu seharusnya mencetus norma baharu di tempat kerja berikutan kaji selidik latihan perubatan menunjukkan sembilan peratus doktor wanita mengalami gangguan seksual yang tidak diingini berbanding hanya empat peratus dalam kalangan doktor lelaki. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source