“Kenapa Bila Isu Ini Ditimbulkan Dalam Drama Tak Boleh Terima? Banyak Jadi Di Luar Sana”

Pelakon dan pengarah Erma Fatima berkata dia sentiasa berlapang dada menerima komen dan kecaman susulan ramai kurang senang dengan babak Vanidah Imran mengucap janggut Faizal Hussien menggunakan kaki.
Memetik mStar Online, Erma berkata meskipun drama itu bukan arahannya namun sebagai penulis skrip dia sudah biasa dengan kritikan dilemparkan netizen.
BACA: “Gelinya Aku” – Usap Janggut Guna Kaki, Drama Bidaah Dikecam Netizen
“Saya sudah biasa, saya dah selalu kena. Apa yang saya nak sampaikan orang ramai tidak nampak sebaliknya dijadikan isu oleh mereka.
“Bila saya tahu ada adegan itu di set, saya sebagai penulis skrip dan penerbit sudah sedia akan tempiasnya. Saya faham dan terima walaupun itu bukan arahan saya,” katanya.
Sementara itu, Erma berkata niatnya bukan untuk mencemarkan imej Islam, tetapi ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam mencari ilmu agama.
Tambahnya lagi, kisah yang dipaparkan dalam drama itu adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat namun ada pihak yang sukar untuk menerimanya.
Malah, drama Bidaah bukan diadaptasi atau diambil daripada mana-mana kisah ajaran sesat, sebaliknya daripada pengalaman peribadinya sendiri.
“Kenapa bila isu ini ditimbulkan dalam drama tak boleh terima? Banyak berlaku di luar sana. Saya tahu isu ini tabu dan menakutkan sehingga takut nak mengakuinya.
“Saya bukan nak jatuhkan Islam hanya memberitahu orang diluar sana untuk mencari agama kena ada ilmu bukan dengan membabi buta taksub,”
Dalam pada itu, Erma tidak menafikan dalam hukum Islam haram melakonkan adegan berkenan kerana ia melibatkan aurat dan babak bersentuhan antara pelakon lelaki dan wanita.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source