Sekatan bekalan makanan, elektrik lumpuhkan Gaza

KAHERAH: Tindakan Israel menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza menjejaskan wilayah itu dengan kedai roti ditutup dan harga makanan melambung manakala pemotongan elektrik menyebabkan penduduk tidak mendapat bekalan air bersih.
Menurut Israel, sekatan kemasukan makanan, ubat-ubatan dan bahan api itu bertujuan mendesak kumpulan pejuang Hamas bagi rundingan gencatan senjata dan sebera membebaskan baki tebusan.
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, keputusan untuk menghentikan bantuan kemanusiaan mengancam nyawa orang awam yang menderita akibat perang ‘kejam’ selama 17 bulan.
Katanya, sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Gaza yang bergantung kepada bantuan kini terkepung dan dinafikan kemudahan asas untuk meneruskan kehidupan.Hamas menyifatkan langkah itu sebagai ‘hukuman menyeluruh’ terhadap penduduk Gaza dan menegaskan pergerakan itu tidak akan tertekan atau terdesak untuk bertolak ansur dalam rundingan gencatan senjata dengan Israel.
Ketua kesatuan pembuat roti di Gaza, Abdel-Nasser Al-Ajrami, memberitahu Reuters, enam daripada 22 kedai roti yang masih beroperasi di kawasan itu sudah ditutup susulan kehabisan gas memasak.
“Baki kedai roti yang lain mungkin akan ditutup dalam masa seminggu atau lebih sekiranya mereka kehabisan diesel atau tepung, melainkan sekatan ditarik balik untuk membolehkan kemasukan barangan,” katanya.
Katanya, kedai roti terbabit sudah tidak mampu memenuhi keperluan orang ramai yang sudah lama bergantung kepada makanan ruji itu.
Israel minggu lalu menyekat kemasukan barangan ke wilayah itu berikutan kebuntuan mengenai gencatan senjata bagi menamatkan pertempuran sejak tujuh minggu lalu.
Pihak Berkuasa Air Palestin berkata, keputusan itu menyebabkan penggantungan operasi di loji penyahgaraman air yang menghasilkan 18,000 meter padu air sehari untuk penduduk di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza.
Jurucakap loji pengagihan elektrik Gaza, memberitahu Reuters, keputusan itu akan menghalang akses orang ramai di kawasan terbabit kepada bekalan air bersih yang selamat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source