[VIDEO] Terpukau dengar azan, dua ‘influencer’ henti siaran langsung
![[VIDEO] Terpukau dengar azan, dua ‘influencer’ henti siaran langsung [VIDEO] Terpukau dengar azan, dua ‘influencer’ henti siaran langsung](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/03/azan-tular.jpeg)
PETALING JAYA – Dua pempengaruh terkenal dari Amerika Syarikat yang mengendalikan rancangan audio siar atau podcast mencuri perhatian ramai selepas menghentikan siaran langsung sejurus mendengar azan di Abu Dhabi.
Menerusi klip yang tular di media sosial, kedua-duanya dilihat diam seketika setelah terpukau dengan alunan azan yang disifatkan sangat indah.
“Saya rasa sangat tidak sopan kalau bercakap ketika ini. Saya rasa kita perlu momen untuk betul-betul diam,” kata salah seorang daripada mereka dalam video tersebut.
Tindakan mereka yang menunjukkan rasa hormat terhadap laungan azan mendapat pujian daripada netizen.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial kagum dengan reaksi dua pempengaruh berkenaan.
“Orang bukan Islam pun tahu hormat azan..patut ‘silence’ (diam).. yang lahir-lahir Islam ni? hmm tengah azan pun dok sakan ‘live’ lagi..tak hormat pun,” luah @Kak_boongaa.
“Bagusnya..Siap nak cari tahu lagi azan tu apa…Semoga diberi hidayah,” komen @Havert54.
“Depa (mereka) pun tahu hormat dan tahu tak okey rasanya nak bersembang,” balas @Pyandilla77.
Hantaran tersebut terus mendapat perhatian meluas dengan menerima 41,300 tanda suka, 143 komen dan 2,338 perkongsian. -KOSMO! ONLINE
@lovindubai Adhan left @joshrichards & @briannalapaglia speechless. ✨ Via TikTok @akarim501 #LovinDubai #Adhan ♬ original sound – Lovin Dubai
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source