Keindukan Islam, Melayu-Bumiputera mesti dipelihara – UMNO

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini membuat ketetapan menyeru seluruh rakyat Malaysia kekal mempertahankan prinsip Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan sebagai asas penting yang membina negara bangsa sejak merdeka.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mesyuarat itu juga berpendirian keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam sifat kemajmukan Malaysia mesti terus dipelihara.
Menurut beliau, UMNO memandang serius perkembangan semasa melibatkan isu-isu berkaitan sensitiviti keagamaan, perkauman dan Institusi Raja-Raja Melayu hingga mencetuskan kegelisahan dan ketidak-tenteraman dalam masyarakat Malaysia berbilang agama dan kaum.
“UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara.
“Terutama kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu, Asyraf Wajdi memaklumkan, UMNO akan menggerakkan jentera dari seluruh Malaysia untuk membantu parti dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Perak.
Selain itu, kata beliau, Mesyuarat MKT UMNO telah memutuskan tarikh-tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2025 .
“Persidangan UMNO Cawangan dari 7 April hingga 25 Mei 2025. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dari 9 Jun hingga 27 Julai 2025. Perhimpunan Agung UMNO dari 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source