Kisah Sweet Bella Astillah, Syed Saddiq Sampai Ke Korea

Nampaknya gosip cinta penyanyi dan pelakon Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bukan saja menjadi bualan di sini malah turut diperkatakan sehingga ke Korea Selatan.
Ia berikutan sebuah hiburan negara tersebut iaitu Koreaboo membuat laporan mengenai gosip cinta kedua-dua mereka baru-baru ini.
BACA: “Tak Tau Pulak Dia Panggil ‘Dad, Saya Tak Dengar” – Bella Astillah
Artikel bertajuk ‘Divorced actress’s rumored new boyfriend swims across the sea for her’ melaporkan mengenai video yang dimuat naik Syed Saddiq ketika terjun ke laut sebelum berenang menuju ke Bella yang menantinya.
Potral tersebut turut menceritakan serba sedikit mengenai Bella termasuk cerita kontroversi perceraian dengan bekas suami, Aliff Aziz.
Turut diselitkan mengenai kenyataan ibu Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani yang menyamakan kisah cinta anaknya seperti Romeo dan Juliet.
Perkongsian artikel itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja apabila kisah pasangan kegemaran mereka turut mendapat perhatian portal antarabangsa.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan dahsyat penangan pasangan itu sehingga sampai ke Korea serta berharap agar gosip cinta mereka berakhir ke jenjang pelamin.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source