MBNS yang dikompaun bukan Era FM – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan Era FM tidak dikenakan kompaun, sebaliknya Maestra Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (MBNS) iaitu pemegang lesen di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Katanya, MBNS bukan individu tetapi sebuah anak syarikat milik Astro yang mempunyai keuntungan substantif.
“Kompaun RM250,000 terhadap MBNS diberi izin oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berpandukan kepada beberapa faktor termasuk pindaan Akta 588 yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu.
“(Ini) di mana denda mahkamah maksimum telah dinaikkan kepada RM500,000,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi X hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan pengguna media sosial berhubung kompaun yang dikenakan terhadap beberapa individu berbanding syarikat yang hangat dibincangkan ketika ini.
Sementara itu, beliau turut menjelaskan mengenai dua individu iaitu Harith Iskander dan Cecelia Yap turut dikenakan kompaun masing-masing RM10,000 bagi kesalahan sama.
Namun, ujarnya, jumlah itu adalah lebih rendah kerana dua individu tersebut melakukan kesalahan sebelum 11 Februari dan ketika iti denda maksimum masih tertakluk pada kadar lama RM50,000.
Hari ini Kosmo! melaporkan MBNS dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 atas kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari) iaitu dengan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.
Terdahulu, MCMC menerima izin Jabatan Peguam Negara untuk mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 setiap seorang terhadap Harith Iskander dan Cecelia Yap.
Tindakan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan pada 11 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source