“Memang Wujud Ajaran Sesat Yang Hambakan Pengikut, Tak Perlukan Dipertontonkan”

Pendakwah bebas PU Syed menegur penerbit drama sensasi, Bidaah iaitu Erma Fatima susulan babak melampau ditonjolkan apabila ianya melibatkan Islam.
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Syed berkata adegan atas katil tidak perlu dipertontonkan namun mengakui memang wujud ajaran sesat yang menghampakan para pengikutnya.
BACA: “Kenapa Bila Isu Ini Ditimbulkan Dalam Drama Tak Boleh Terima? Banyak Jadi Di Luar Sana”
“Plot cerita melampau ditonjolkan apabila melibatkan Islam. Sudah mati idea rasanya para sutradara di Malaysia dalam menghasilkan cerita berkualiti dan patuh syariah.
“Memang wujud ajaran sesat yang menghambakan para pengikutnya, namun saya rasa tak perlukan dipertontonkan kepada khalayak. Apatah lagi adegan atas katil juga dipamerkan seperti video tular dalam media sosial,” katanya.
Sementara itu, Syed turut menyarankan agar Erma untuk menghasilkan naskhah-naskhah bersifat patriotik dan cerita Islamik yang memberi kebaikan serta kesedaran kepada masyarakat.
“Makcik Erma boleh cuba buat drama yang melibatkan cinta kepada tanah air seperti ketenteraan, kepolisan atau cerita-cerita islamik yang lebih realistik untuk kesedaran masyarakat.
“Apa fungsi agensi-agensi yang menapis drama atau filem sebelum dibenar untuk ditayangkan. Kementerian yang bertanggungjawab perlu tegas dalam isu ini,” tulisnya.
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai babak drama Bidaah apabila ramai kurang senang dengan babak Vanidah Imran mengusap janggut Faizal Hussien menggunakan kaki.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source