Sifar kes penculikan perairan Sabah

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) merekodkan rampasan keseluruhan bernilai RM90.1 juta menerusi operasi kawalan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah sejak 2020 hingga Januari 2025.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kejayaan ini membuktikan keberkesanan operasi bersepadu dalam membanteras jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagangan dadah dan penyeludupan.
“Selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di perairan ESS Zone yang melibatkan enam daerah utama telah memastikan sifar kes penculikan sejak Januari 2020.
“Langkah ini memberi kesan positif terhadap keselamatan masyarakat maritim, nelayan serta sektor pelancongan yang bergantung kepada kestabilan perairan Sabah,” katanya di Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Edward Linggu Bukut yang meminta penjelasan mengenai usaha kerajaan dalam menangani ancaman pemerdagangan dadah di perairan Pantai Timur Sabah.
Menurut Shamsul Anuar, kawalan keselamatan turut ditingkatkan dengan pelaksanaan operasi bersepadu, kerjasama dengan agensi antarabangsa serta penggunaan teknologi terkini.
“Antara langkah utama ialah Operasi SANGGAH ESSCOM yang terus diperhebat melalui rondaan laut dan darat, pengoperasian Sea Check Point (SCP) serta pemantauan aset keselamatan di kawasan berisiko tinggi.
“Selain itu, kerajaan juga menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dan Indonesia bagi perkongsian maklumat risikan serta penyelarasan operasi keselamatan,” katanya.
Katanya, penggunaan teknologi turut dipertingkatkan dengan pemasangan radar strategik di pulau-pulau utama, perolehan dron pemantauan serta pembangunan Sistem Radar SWASLA Sabah Fasa 2 di Sandakan.
“Kerajaan juga telah berjaya menggagalkan pelbagai aktiviti jenayah menerusi operasi ESSCOM, termasuk membanteras sindiket pemerdagangan dadah terbesar di Sabah pada penghujung tahun 2023,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source