Lori kumbahan jatuh longkang, penduduk terpaksa tahan bau ‘semerbak’

BANGKOK – Sebuah kawasan kejiranan diselubungi bau busuk apabila tayar belakang sebuah lori kumbahan jatuh ke dalam longkang, menyebabkan tangkinya bocor dan air najis melimpah.
Laman berita MS News melaporkan, kejadian itu dirakam menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) seorang pemilik rumah pada kira-kira pukul 2.20 petang (waktu tempatan) di wilayah Roi Et, timur utara Thailand.
Ia berlaku apabila lori itu mengundur tetapi tayar belakang kirinya memasuki longkang saluran air yang tidak mempunyai penutup kukuh.
Keadaan itu menyebabkan tangki kenderaan tersebut bocor sebelum air sisa kumbahan melimpah dengan banyak.
Pemilik rumah tersebut berkongsi video rakaman kejadian di laman Facebook dan menjelaskan bahawa dia telah membuat aduan kepada majlis perbandaran agar menutup longkang tersebut, namun aduannya tidak diendahkan.
“Seluruh jalan berbau najis,” tulisnya.
Dalam kemas kini pada hari berikutnya, majlis perbandaran dilaporkan sudah menghantar kenderaan dan pekerja untuk membantu kerja-kerja pembersihan. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source