Risteena Lega Kes Khalwat Ruhainies Dah Selesai, Rancang Tunai Umrah & Beraya Di Mekah

Pelakon Risteena memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu khalwat adiknya, Ruhainies dengan penyanyi Aliff Aziz yang menjadi bualan ramai.
Memetik mStar Online, Risteena berkata dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan apatah lagi isu berkenaan sudah diselesaikan dengan baik serta apa saja yang diperkatakan pasti akan dikecam.
BACA: Ruhainies, Aliff Aziz Mengaku Salah Tuduhan Berkhalwat
“Saya tak nak komen banyak sebab apa yang keluar dari mulut saya hanya akan dikecam dan tanggapan negatif. Tapi sebenarnya hanya yang tahu saja tahu apa yang berlaku, Salah tetap salah, apa yang penting semuanya sudah selesai,” katanya.
Sementara itu, Risteena berkongsikan keadaan terkini Ruhainies, adiknya tidak membaca komen buruk serta dilihat tenang berdepan ujian tersebut.
Tambahnya lagi, mereka merancang untuk menunaikan ibadah umrah serta menyambut hari raya di Tanah Suci Mekah seperti tahun lalu.
“Ruhainies hanya bagitahu saya yang dia tak baca komen. Tak tahu pula kalau dia sedih ke apa tapi setakat ini tengok dia okay sahaja. Kami juga rancang nak tunai umrah dan beraya di sana,” katanya.
Terdahulu, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku salah atas pertuduhan berkhalwat dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 21 Februari lalu.
Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan pasangan yang ditahan tahun lalu itu menukar pengakuan kepada bersalah.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source