Saya terus beri kerjasama sehingga kes selesai

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata. beliau akan memberi kerjasama kepada siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes berkait dirinya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, bagi memberi keterangan kepada pihak berkenaan.
“Saya akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa hingga siasatan selesai,” kata Ahli Parlimen Bera itu dalam kenyataan.
Terdahulu, media melaporkan Ismail Sabri tiba di SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau, pada pukul 9.46 pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Sebelum ini, SPRM dilaporkan menyita wang kira-kira RM170 juta membabitkan pelbagai mata wang termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta jongkong emas berjumlah 16 kilogram yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source