Arteta minat bekas pemain City

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dilapor memberikan sokongan penuh ke atas usaha pihak pengurusan kelab itu untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Manchester City pada jendela perpindahan Jun nanti.
Arsenal dijangka aktif di pasaran perpindahan untuk mendapatkan khidmat penyerang baharu selepas mereka berdepan kesukaran musim ini apabila satu-satunya pemain di posisi tersebut, Kai Havertz mengalami kecederaan.
The Gunners dikaitkan dengan beberapa penyerang termasuk Alexander Isak, Viktor Gyokeres dan Victor Osimhen, namun Arteta dilapor memerlukan Sane untuk menguatkan bahagian sayap.
Posisi berkenaan juga dianggap penting untuk pasukan itu selepas musim ini beberapa pemain utama turut berdepan masalah kecederaan melibatkan Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard selain pemain pinjaman, Raheem Sterling juga gagal menyerlah.
Laporan di Jerman menyebut, Arsenal mahu memperkuatkan posisi berkenaan dan menjadikan bintang Bayern itu sebagai sasaran baharu selepas dia mempamerkan aksi terbaik sepanjang lima musim di Allianz Arena selepas meninggalkan Etihad pada 2020.
Sane berjaya membantu Bayern menjulang gelaran Bundesliga sebanyak tiga kali dan musim ini telah membuat 33 penampilan dalam semua kejohanan, namun kontraknya bersama kelab itu bakal berakhir dan bergelar ejen bebas pada hujung musim ini.
Arteta cukup mengenali Sane ketika bertugas sebagai pembantu Pep Guardiola di Etihad sebelum ini dan mengakui kualitinya mampu memberi nilai tambah buat Arsenal. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source