MPM laksana digitalisasi sistem perekodan dengan AI

GEORGE TOWN – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan melaksanakan digitalisasi sistem perekodan digital di Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) bagi meningkatkan kecekapan prosiding kes.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, projek penaiktarafan itu melibatkan pemasangan sistem perekodan digital (SPD) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menjana transkrip segera semasa perbicaraan.
“Sistem ini akan membolehkan transkrip dipaparkan secara langsung di skrin, meningkatkan ketelusan serta mempercepatkan penyampaian keadilan.
“Dengan sistem AI ini, proses penyediaan transkrip akan menjadi lebih pantas, sekali gus mengurangkan masa penyelesaian kes,” katanya selepas merasmikan Bangunan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Steven berkata, projek itu melibatkan kos RM5 juta dan akan dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan bermula Jun 2025 hingga Mei 2026.
“Ia melibatkan 23 bilik mahkamah serta empat unit SPD mudah alih. Dalam fasa awal, sistem ini akan diguna pakai di MPM Pulau Pinang dan antara MPM terawal menggunakan sistem ini,” katanya.
Selain itu, Steven berkata, Kesuma turut merancang untuk membina satu lagi ruang mahkamah di kompleks MPM Pulau Pinang bagi mendengar kes-kes jemaah rayuan Perkeso. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source