Orang lain sakit kepala, orang lain pula dapat balik awal

PETALING JAYA – Perkongsian seorang bapa yang berdepan masalah komunikasi dengan guru sekolah anaknya mencuri perhatian netizen.
Melalui perkongsian bapa itu di laman Threads, kejadian itu berlaku apabila dihubungi oleh guru sekolah yang memaklumkan anaknya yang bernama Iman mengalami sakit kepala.
Lelaki tersebut kemudian menjemput anaknya di sekolah selepas dimaklumkan oleh guru mengenai keadaan pelajar itu.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian dia terkejut apabila dimaklumkan guru berkenaan tersilap menghubungi ibu bapa berikutan terdapat tiga murid bernama Iman di dalam kelas terbabit.
“Simpan sini sebagai kenangan. Muka ceria saja tak nampak macam tak sihat, rupa-rupanya salah Iman,” tulis hantaran itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terhibur dengan perkongsian itu yang dikatakan kerap berlaku kerana ramai murid mempunyai nama sama.
“Saya pun pernah kena anak nama Humaira, ada tiga Humaira. Tak pasal-pasal anak saya balik awal hari tu,” kata Nisa.
“Sebagai cikgu, memang keliru. Tahun ini mengajar tingkatan 5 ada tiga ‘Adam’. Jadi, seorang yang nama Muhammad Adam memang panggil Adam, yang lain panggil nama belakang,” kongsi Puan Dida.
“Sabar sajalah, macam saya pula ustazah mesej bagitahu anak muntah-muntah. Bila saya datang, tengok sihat saja. Kawan-kawan yang bagitahu orang lain yang muntah-muntah, ustazah silap emak,” kata Has.
“Dalam kelas saya dulu ada tiga nama sama, Ashikin,” kata Hazrie. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source