Sharifah Shahirah Masuk Konti 3 Pagi Era Isnin Depan, Bergandingan Bersama Haziq & Namie

Pelakon, Sharifah Shahirah bakal memulakan tugas sebagai penyampai di stesen radio Era bermula Isnin depan.
Perkara ini telah disahkan menerusi akaun Instagram Era yang memaklumkan Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera bakal bergandingan bersama Haziq Hussni dan Namie.
Mereka bertiga akan menggantikan penyampai 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin yang kini direhatkan buat sementara waktu.
Dah sah ya semua. Shiera akan ke Udara dengan Haziq dan Namie bermula Isnin ini.
Sebutan legit betul, nombor telefon dah hafal dan boss pun dah luluskan.
Pasal bayaran, nanti kita bincang dengan bos. Shiera kata nak guna panggilan DJ Rare nanti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan tidak sabar untuk mendengar suara Shiera kembali ke udara selepas mengetahui perkara tersebut.
Sebelum ini, Shiera meninggalkan komen menawarkan diri menggantikan tempat tiga penyampai segmen 3 Pagi Era berkenaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source