Siti Nordiana nafi sudah berkahwin

KUALA LUMPUR : Didakwa sudah mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana,41, bagaimanapun menafikan perkara tersebut.
Jelas penyanyi yang mesra disapa sebagai Nana ini, perkara itu tidak benar dan dia juga tidak tahu dari mana punca spekulasi itu muncul.
“Sebenarnya saya terkejut dan pernah terbaca artikel tentang perkara itu. Saya pun tak tahu menahu daripada mana cerita ini datang. Berita itu tidak sahih.
“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang baik-baik untuk jodoh saya. Kita serahkan saja (soal jodoh) kepada Allah SWT.
“Hati saya tidak pernah tertutup untuk kembali mendirikan rumah tangga, Insya-Allah,” katanya.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 di One World Hotel, Petaling Jaya, kelmarin.
Selain itu, kata Nana, dia tidak menolak kemungkinan gosip itu muncul disebabkan dia sudah terlalu lama bergelar ibu tunggal.
“Saya pun tak pasti bagaimana spekulasi itu boleh timbul. Mungkin sebab saya sudah lama hidup solo.
“Macam itu lah. Kalau sudah lama solo ni, kita pasti akan sentiasa menjadi sasaran untuk digosipkan.
“Contohnya sebelum ini pun, saya ada juga digosipkan dengan beberapa artis lelaki. Malah banyak kali juga kenalan yang gurau dan tanya ‘bila nak bagitahu sudah kahwin’?” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia berkecil hati apabila sering ditanya mengenai teman hidup, penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran itu mengakui sudah lali dengan persoalan tersebut.
“Soalan sedemikian sudah lama saya terima, ramai yang tanya mengenai perkahwinan. Saya tidaklah rasa ia sebagai satu soalan yang sensitif.
“Cuma terlalu banyak dakwaan mengatakan saya sudah pun berkahwin. Itulah yang saya tak faham. Apa yang boleh saya katakan, setakat ini ia tidak benar.
“Sebab fokus saya sekarang hanya pada anak dan dalam usia 40-an ini, saya sedang usaha untuk perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
“Insya-Allah saya bahagia saja menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sebab saya sudah terbiasa dengan rutin hidup begini. Bertahun-tahun bawa gelaran ibu tunggal,” katanya.
Dalam pada itu, Nana turut menjelaskan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 17, juga tidak pernah bertanya tentang ‘bapa baru’.
“Anak saya jenis yang tidak kisah dan dia tak pernah pula tanya mengenai ‘masalah’ ibu dia.
“Rayyan pun sudah remaja dan saya percaya dia pasti akan terbuka sekiranya saya mahu bercakap tentang perkara ini kelak,” ujarnya.
Nana pernah bertemu jodoh bersama pelakon, Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, namun mereka perpisah pada 2009.
Dalam perkembangan lain, Nana baru sahaja melancarkan lagu raya solo pertamanya berjudul Hari Lebaran.
Lagu ciptaan Nana sendiri bersama Dian Rasid itu sudah pun menerima lebih 100,000 tontonan di YouTube selepas seminggu dimuat naik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source