“Syafiq Ni Hari-Hari Nak Makan Ikan Bilis, Senang Kerja Saya”

Hampir sebulan mendirikan rumah tangga, pelakon Mimi Lana bekata dia gembira melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta, Syafiq Kyle.
Memetik Media Hiburan, Mimi dan Syafiq berkata mereka masih belum berpeluang untuk berbulan madu namun merancang selepas selesai bulan puasa kelak.
BACA: Netizen Perasan Fazura Tak Hadir Majlis Kahwin, Unfollow Mimi Lana Di IG?
“Alhamdulillah saya gembira dengan perkahwinan ini. Cuma kami belum berkesempatan untuk berbulan madu lagi. Kami rancang untuk bercuti selepas Ramadan ini,” katanya.
Sementara itu, Mimi berkata dia teruja pertama kali menyambut Ramadan dan Hari Raya sebagai suami isteri pada tahun ini serta setiap hari dia memasak buat suaminya.
“Sudah tentu seronok, malah sekarang ini pun saya gembira dapat puasa bersama. Hari-hari memasak untuk suami. Syafiq pun rajin memasak di rumah. Syafiq ni hari-hari nak makan ikan bilis goreng. Senanglah kerja saya,” katanya.
Pada 14 Februari lalu Syafiq dan Mimi sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Taiping, Perak yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
SUMBER: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source