Asyik kena buli, pelakon hantar anak perempuan belajar taekwondo

PETALING JAYA – Geram apabila satu-satunya anak perempuannya dibuli di sekolah, pelakon dan penyanyi, Lufya nekad mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo.
Menerusi hantaran Instagram, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 40, dalam Instagram, dia mendedahkan anaknya, Laana Haura, 8, sering mengadu menjadi mangsa pukul rakan di sekolah.
“Nak meluahkan perasaan terpendam. Sebelum ini saya sudah ke sekolah berjumpa dengan ibu bapa pelajar lelaki yang mendendang dan menumbuk Haura.
“Yang geramnya setiap kali balik sekolah dia akan mengadu perkara sama. Diganggu oleh pelajar yang sama.
“Bila berjumpa ibunya, dia minta maaf walaupun kurang menerima. Tapi tak apa saya terima. Tetapi kejadian ini berulang lagi.
“Jadi saya ambil keputusan masukkan Haura ke kelas taekwondo. Lepas ni kalau Haura yang lembut dan manja ni mengganas, nasib kau lah nak,” tulisnya.
Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu lagi, dia berharap tiada ibu bapa yang akan membuat aduan sekiranya Haura cuba mempertahankan diri daripada dibuli selepas ini. KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source