Cklamovski kena tumpu jentera serangan

PETALING JAYA: Bahagian serangan skuad Harimau Malaya perlu lebih tajam dan berkesan menjelang Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 25 Mac ini.
Sebelum ini, ketumpulan di bahagian serangan sering menjadi masalah utama buat skuad Harimau Malaya dan di bawah kendalian jurulatih baharu, Peter Cklamovski pastinya peminat menantikan perubahan.
Bekas pemain kebangsaan, Rizal Fahmi Rosid berkata, jentera serangan perlu meningkatkan aspek penyudah bagi memastikan setiap peluang yang dicipta diterjemahkan kepada jaringan, sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan.
“Kita tahu apa yang kita mahukan dalam bola sepak. Namun, dari segi serangan, saya berharap pasukan lebih agresif dalam mencipta peluang dan memanfaatkannya sebaik mungkin.
“Sebelum ini, kita sering melihat bahagian serangan sebagai kelemahan utama. Diharapkan dengan kehadiran pemain-pemain yang diberi kepercayaan di posisi ini, kita dapat melihat satu perubahan positif,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Tambah bekas pertahanan Kelantan dan Selangor itu, kehadiran Cklamovski diharapkan dapat membantu meningkatkan taktikal dan keserasian antara pemain bagi membentuk pasukan yang lebih kompetitif.
“Kita mahu melihat satu permainan yang menghiburkan, selain menampilkan keserasian yang baik antara pemain agar Malaysia mampu memberikan saingan sengit dalam setiap perlawanan.
“Menang atau kalah itu adat permainan, tetapi kita mahu melihat semangat juang tinggi dalam setiap aksi yang dipamerkan oleh pemain,” jelasnya.
Skuad kendalian Cklamovski bakal memulakan latihan pada Isnin ini sebelum aksi menentang Nepal pada 25 Mac untuk aksi pertama kelayakan Piala Asia 2027.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source