Liga Super: NSFC sangkut ‘roadblock’ PDRM FC

PETALING JAYA – Skuad Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) menamatkan penantian hampir dua bulan tanpa kemenangan selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 pada aksi Liga Super sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium MP Selayang itu, skuad Sang Saka Biru tersentak apabila NSFC berjaya mendahului seawal minit ke-7 hasil penyudah pemain import dari Myanmar, Hein Htet Aung.
Gol tersebut memberi tekanan awal buat tuan rumah tetapi usaha untuk memburu gol penyamaan pada babak pertama tidak kesampaian.
Bersambung pada separuh masa kedua, PDRM FC merombak kesebelasan utama dengan memasukkan penyerang sensasi, Ifedayo Olusegun untuk menambah sengat di jentera serangan.
Namun, nasib malang menimpa anak buah Eddy Gapil itu selepas diarahkan beraksi dengan 10 pemain apabila Badrul Afendy Fadzli dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.
Namun, gol tersebut tidak merencatkan semangat PDRM FC untuk terus mengasak kubu skuad Hobin Jang Hobin apabil meraih dua gol menerusi sepakan penalti yang berjaya disudahkan oleh Bruno Suzuki pada minit ke-72 dan ke-86.
Keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat sekali gus menyaksikan PDRM menamatkan penantian selepas kali terakhir melakar kemenangan pada 21 Disember lepas ketika menewaskan Melaka FC dalam aksi suku akhir Piala Cabaran. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source