Media Pahang, MAYC Pahang diberi penghormatan sampai hadiah cabutan bertuah

KUANTAN: Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang diberikan penghormatan membuat cabutan bertuah dan menyampaikan lima hadiah buat pengunjung Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini.
Cabutan minggu kedua sempena bulan Ramadan yang diadakan semalam dihadiri Pengerusi MAYC Pahang, Rifdi Iddraki Ahmad Saiful Zaman.
Pada Sabtu minggu pertama 8 Mac lalu, Presiden Persatuan Media Pahang, Fazli Ahmad dijemput dan diberikan penghormatan oleh penganjur bazar, Mitashamika Resources membuat lima cabutan bertuah dan menyampaikan hadiah.
Penganjur bazar tersebut, Shafieq Johari berkata, cabutan bertuah pada setiap minggu merupakan kelainan di Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini.
“Sabtu minggu lalu kita jemput dan beri penghormatan kepada Presiden Persatuan Media Pahang, minggu ini saya sebagai seorang belia dan anak muda jemput MAYC Pahang pula.
“Saya berterima kasih kepada sahabat saya, Rifdi Iddraki yang sudi hadir menyampaikan hadiah dan melakukan tinjauan mesra di tapak bazar Dataran Sekilau,” katanya di Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini.

Untuk penganjuran kali ini, pengunjung Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini berpeluang memenangi kereta jenis Perodua Axia bernilai RM24,000 dengan hanya berbelanja serendah RM100 di bazar terbabit.
Pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah motosikal, barangan elektrik dan pelbagai hadiah menarik keseluruhannya berjumlah RM40,000.
Sebanyak 147 gerai jualan disediakan pada bazar Aidilfitri Dataran Sekilau tahun ini membabitkan 107 khemah putih dan 40 biru.
Gerai-gerai jualan terbabit menawarkan pelbagai produk kelengkapan raya termasuk pakaian, kasut, baju tradisional, tudung, kosmetik, karpet, bantal, kain, langsir dan juga makanan kering. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source