“Saya Tak Setuju Nikah Di Sana”

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya mendedahkan bahawa mereka bernikah di Thailand pada November 2023.
Memetik mStar Online, Fara berkata pada awalnya dia tidak setuju untuk berkahwin di negara jiran namun Shuk berjanji semuanya akan berubah.
BACA: Shuk Sahar Dedah Perkahwinan Dengan Fara Salleh Belum Berdaftar
“Shuk yang buat keputusan nak kahwin dan boleh tanya dia kenapa kami nikah di Thailand. Saya tak setuju malah tidak mahu berkahwin dengannya disebabkan ada isu yang saya tak boleh terima. Tapi dia jani semuanya akan berubah dan kalau tak boleh bertahan kami akan cerai secara baik,” katanya.
Difahamkan, Fara mendedahkan perkara itu selepas Shuk mengeluarkan kenyataan bahawa perkahwinan mereka masih belum berdaftar di Malaysia.
Sementara itu, Fara berkata dia dan keluarga sudah mendesak Shuk untuk daftarkan perkahwinan agar tidak timbul masalah namun pelawak itu tidak mengendahkannya serta seolah mahu menggantungnya tidak bertali.
“Dia hanya kata okay saja. Dia memang nak gantung saya tak bertali. Sebab itu dia tenang dan tiada usaha selesaikan hal kami dan pentingkan diri sendiri. Tak fikir tentang isteri tengah mengandung.
Fara turut mendakwa Shuk bertindak sembunyikan dokumen pernikahan mereka namun tidak menghalangnya untuk memperoleh dokumen berkenaan melalui khidmat ejen.
Dalam pada itu, Fara berkata dia kini sedang menunggu panggilan dari mahkamah untuk hadir prosiding pengesahan perkahwinan kemudian barulah uruskan mengenai perceraian pula.
Sebelum ini, menerusi temubual bersama Melodi, Shuk mempersoalkan bagaimana untuk failkan di mahkamah serta mendakwa perkahwinan mereka tidak berdaftar.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source