Shuk Sahar Dedah Perkahwinan Dengan Fara Salleh Belum Berdaftar

Sejak kebelakangan ini perkongsian isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Shuk menafikan dia membiarkan isterinya digantung tidak bertali sebaliknya menunggu surat mahkamah jika Fara ada memfailkan cerai terhadapnya.
BACA: Bakal Timang Anak Perempuan, Isteri Shuk Sahar Buat Persiapan Beli Barang Bayi
Lebih mengejutkan, Shuk turut mempersoalkan bagaimana untuk failkan di mahkamah serta mendakwa perkahwinan mereka tidak berdaftar.
“Tak adalah saya nak biarkan isteri gantung tak bertali sebab kalau betul dia sudah failkan cerai, saya sedang tunggu juga surat dari mahkamah.
“Cuma itulah, kalau perkahwinan kami pun belum berdaftar macam mana nak failkan sesuatu di mahkamah. Kenapa tak daftar lagi? Boleh tanya Farah kot sebab dia suka bercerita, saya tak suka bercerita,” katanya.
Sementara itu, Shuk turut menjawab dakwaan mengatakan bahawa dia tidak mengakui kandungan Fara sebagai anaknya dengan meminta agar kemukakan bukti jika dia berkata sedemikian.
“Saya masih Islam dan masih berpuasa dan demi Allah saya tak pernah pun keluarkan ayat, ‘Isteri beban dan kawan yang beri rezeki’.
“Dan saya minta keluarkan satu bukti yang saya ini mengatakan anak itu bukan anak saya. Tak ada bukti tau, sebab itu saya diamkan saja. Bila saya diam, nak kata saya tak mengaku anaklah dan sebagainya walhal saya tak ada bercakap apa pun,” katanya.
Dalam pada itu, Shuk berkata sudah tentu dia sayangkan isterinya namun perkahwinan memerlukan usaha dari kedua-dua belah pihak.
“Sudah tentu saya saya sayangkan isteri tetapi saya pun ada ‘limit’. Kalau perkahwinan dulu gagal itu sebab saya yang gagal tapi perkahwinan yang sekarang ini, usaha itu bukannya datang dari sebelah pihak saja. Ia perlu dari kedua-dua belah pihak tapi kalau sebelah pihak saja yang berusaha tak akan jadi apa-apa,” katanya.
SUMBER: Melodi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source