“Sudahlah Berniaga Tanpa Lesen, Kebersihan Pula Diabaikan” – DBKL Banteras Penjaja Air Balang Di Sekitar Jalan Raja, Kuala Lumpur

Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan tegas terhadap peniaga air balang yang beroperasi tanpa lesen di sekitar Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi DBKL, pihak Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan operasi membanteras aktiviti penjajaan haram ini yang semakin berleluasa di ibu kota.
Difahamkan, bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, penjaja-penjaja ini sering berpindah lokasi ketika menjalankan perniagaan. Selain itu, mereka juga dipercayai menyembunyikan peralatan dan barang jualan di bangunan sekitar Dataran Merdeka untuk mengelak daripada disita.
Menurut DBKL, selain beroperasi tanpa lesen, penjaja ini turut mengabaikan aspek kebersihan kerana peralatan mereka dibiarkan terdedah dan berisiko tidak dibersihkan dengan sempurna.
Operasi ini dijalankan susulan aduan orang awam yang kurang selesa dengan kehadiran penjaja tanpa lesen di kawasan tersebut. Hasil daripada tindakan penguatkuasaan, kesemua peralatan perniagaan seperti meja dan bekas air balang telah disita dan dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan dokumentasi.
DBKL turut menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti penjajaan tanpa lesen menerusi saluran rasmi yang disediakan bagi memastikan persekitaran bandar kekal bersih dan teratur.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source