Fahmi kekal Ketua Cabang Lembah Pantai

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai selepas tiada pencabar mengemukakan pencalonan menjelang pemilihan parti pada Mei ini.
Menurut Fahmi, perkara itu dimuktamadkan selepas tempoh pencalonan berakhir tengah malam tadi, sekali gus mengesahkan kemenangan beliau tanpa bertanding.
“Alhamdulillah, di Lembah Pantai tiada pertandingan, hanya saya sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kempen Advokasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Bazar Ramadan Wangsa Maju di sini hari ini.
Fahmi berkata, beberapa cabang PKR lain termasuk Bandar Tun Razak, Putrajaya, dan Labuan turut tiada pertandingan bagi jawatan ketua cabang, manakala beberapa kawasan menyaksikan pertandingan Ketua Cabang menerima sehingga tujuh pencalonan.
Ujar beliau, perkara itu bersifat demokrasi yang membenarkan sesiapa sahaja yang merasakan diri layak boleh masuk bertanding jawatan dalam parti.
“Penting adalah untuk kita bertanding dengan sihat di peringkat cabang atau pusat, mengelakkan diri terlibat dalam apa-apa aktiviti yang dilarang atau melanggar undang-undang. Kita bertanding dalam suasana kekeluargaan dan bersaudara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source