“Insiden Lelaki Ditampar Ketika Makan di Bulan Ramadan Tidak Mencerminkan Perpaduan dan Keharmonian” – Menteri

Insiden seorang lelaki bukan Muslim ditampar ketika makan di tempat awam pada bulan Ramadan adalah satu tindakan provokatif yang tidak mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan bahawa perbuatan seperti itu harus dihentikan segera kerana ia bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
Saya juga mengutuk keras sebarang bentuk keganasan, diskriminasi, dan sikap prejudis yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum.
Saya berharap agar semua rakyat Malaysia beradab dalam berinteraksi antara rakyat yang seharusnya sentiasa saling menghormati budaya dan mengamalkan nilai Faham, Hormat dan Terima.
Mangsa juga dilaporkan sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Balai Polis Tampoi.
Kes di Family Mart Angsana Mall, Johor Bahru:
Saya hanya makan secara biasa dan pak cik tu tanya saya orang Cina ke tak. Saya jawab ya sebab itu soalan biasa. Lepas tu dia nak saya tunjukkan IC saya walaupun kita tak boleh tunjuk IC kepada orang yang tidak dikenali.
(Bebenang) pic.twitter.com/qgnAOPLYH1— bingbingE656/Elijah 🇲🇾🍉 (@bingbinge656) March 16, 2025
Saya dimaklumkan bahawa pihak polis akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya berharap semua pihak beri kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Isu-isu yang menyentuh soal perpaduan tidak boleh dipandang remeh. Kita tidak boleh biar sebarang insiden yang boleh meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia.
Semalam, dua video berdurasi 32 saat dan 44 saat yang merakam insiden di sebuah kedai serbaneka dalam sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini tular di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source