ND Lala, Shila Amzah akhirnya bertemu, ramai doa kekal berbaik

PETALING JAYA – Akhirnya bersatu, penyanyi Shila Amzah mengundang perhatian ramai apabila akhirnya bertemu dengan bapa tersayang iaitu Datin ND Lala selepas kemelut keluarga sekitar dua tahun lalu.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berkongsi momen manis tersebut namun tidak menyatakan secara terperinci mengenai pertemuan tersebut.
“Tok abah dan Rhea Akira.
“Bila abah-abah bersatu,” tulisnya ringkas.
Dalam beberapa perkongsian berbeza, pelantun lagu Patah Seribu itu memuat naik foto berdua bersama bapanya yang juga penyanyi popualar era tahun 1980-an.
Shila juga turut berkongsi foto dan video bapanya berbual dengan cucunya, Seth Uwais dan Rhea.
Namun, kelibat ibu tirinya yang dinikahi ND Lala sekitar tahun 2023 iaitu Siti Munirah tidak kelihatan dalam foto-foto tersebut.
Sementara itu, netizen turut tumpang gembira melihat hubungan Shila dan bapa kembali berbaik.
“Selepas dah berbaik dengan ibu, kini giliran ND Lala pula. Alhamdulillah Shila.
“Seronok tengok mereka berbaik, jangan gaduh-gaduh lagi.
“Peranan Ubai sebagai suami harus dipuji. Bagus Shila buang yang keruh ambil yanh jernih,” komen netizen.
Baru-baru ini, Shila memberitahu akan bertemu dengan bapanya minggu lalu sekali gus menjelaskan hubungan mereka sudah kembali terjalin mesra.
Terdahulu, kontroversi melibatkan Shila dan keluarganya mengejutkan industri hiburan sekitar tahun 2023 apabila tular dakwaan mengatakan ND Lala atau nama sebenarnya Datuk Amir Amzah Salleh, 63, sudah berkahwin baru bersama seorang wanita muda yang juga sahabat lama anaknya.
ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada tahun 1989 dan namun sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi rakaman suara di WhatsApp.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurnikaan empat cahaya mata iaitu, Nurshahila, 35, Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30 dan Nur Syuhada, 26. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source