“Ramai Mendoakan, Tapi Belum Ada Berita Gembira”

Penyanyi Adira Suhaimi berkata tiada lagi berita gembira apabila diminta mengulas kembali rujuk dengan bekas suaminya, Datuk Red selepas Hari Raya ini.
Memetik Harian Metro, Adira berkata bekas suaminya itu seorang yang suka bergurau dan apa saja pertanyaan yang diberikan akan dijawab ‘ya’, namun setakat ini tiada berita gembira daripada mereka.
BACA: “Tak Mengapa Tiada Jodoh Dengan Adira, Lelaki Itu Berkemampuan, Saya Tidak”
“Datuk Red jenis suka bergurau, dia juga suka main cakap saja. Misalnya, dalam sesi ‘live’, ada orang bertanya sama ada sudah berkahwin balik, rujuk ke? Dia akan jawab ‘sudah’.
“Dia jenis sebegitu, dia akan jawab ya. Orang yang kenal, tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada berita gembira daripada kami,” katanya.
Sementara itu, Adira berkata dia belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga buat masa ini dan mahu fokus untuk membesarkan anak-anak serta mencari rezeki.
“Ramai mendoakan, tapi belum ada berita gembira. Saya tidak lagi sampai tahap itu, belum fikir untuk ada orang lain.
“Apa yang boleh saya cakap, saya selesa hidup seperti ini. Saya tengah fokus nak besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya ramai dan mereka sangat perlukan saya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source